Polisi Privasi

Kemaskini Terakhir: 15 Disember 2023

MyFulus dan Koperasi Sepakat Berjasa Berhad (selepas ini dirujuk sebagai “MyFulus” atau “kami”) komited dalam melindungi dan menghormati privasi anda. Polisi Privasi ini (bersama dengan 'Terma Penggunaan' kami dan dokumen lain yang dirujuk) menerangkan bagaimana kami mengumpul, menyimpan, dan menggunakan maklumat peribadi anda. Sila baca dengan teliti untuk memahami pendekatan serta amalan kami terhadap data peribadi anda.


Pengumpulan Maklumat

Untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada anda, kami akan mengumpul dan memproses maklumat berikut:

  1. Maklumat yang anda berikan kepada kami melalui borang di laman web kami myfulus.com.my (“laman web kami”), secara langsung atau melalui komunikasi lain. Ini termasuk maklumat semasa pendaftaran, permohonan pinjaman, perkhidmatan berkaitan, atau permintaan bantuan lanjut. Kami juga mungkin meminta maklumat tambahan semasa proses permohonan, pembaharuan, promosi, atau ketika anda melaporkan sebarang isu pada laman web kami;
  2. Jika anda menghubungi kami, kami mungkin menyimpan rekod komunikasi tersebut;
  3. Kami mungkin meminta anda melengkapkan borang soal selidik untuk tujuan penyelidikan, namun ia adalah pilihan anda untuk menjawabnya;
  4. Butiran transaksi yang anda lakukan melalui laman web kami termasuk pemprosesan permintaan anda;
  5. Maklumat tentang lawatan anda ke laman web kami serta sumber-sumber yang anda akses;
  6. Data peribadi yang mungkin diperoleh dari agensi pelaporan kredit atau sumber awam lain seperti pendaftaran rasmi, enjin carian, direktori terbuka, atau media sosial. Kami juga mungkin mengumpul maklumat peranti melalui pelayar web anda.

Pengumpulan dan pemprosesan data peribadi anda adalah penting untuk tujuan penyampaian perkhidmatan kami. Sekiranya anda gagal memberikan maklumat yang diperlukan atau tidak bersetuju dengan Polisi Privasi ini, permohonan pinjaman atau perkhidmatan berkaitan mungkin tidak dapat diproses. Data hanya akan disimpan selama mana ia diperlukan. Jika maklumat tersebut masih relevan, ia akan diarkibkan untuk rujukan masa hadapan.

Polisi Privasi

Kemaskini Terakhir: 15 Disember 2023

MyFulus dan Koperasi Sepakat Berjasa Berhad (selepas ini dirujuk sebagai “MyFulus” atau “kami”) komited dalam melindungi dan menghormati privasi anda. Polisi Privasi ini (bersama dengan 'Terma Penggunaan' kami dan dokumen lain yang dirujuk) menerangkan bagaimana kami mengumpul, menyimpan, dan menggunakan maklumat peribadi anda. Sila baca dengan teliti untuk memahami pendekatan serta amalan kami terhadap data peribadi anda.


Pengumpulan Maklumat

Untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada anda, kami akan mengumpul dan memproses maklumat berikut:

  1. Maklumat yang anda berikan kepada kami melalui borang di laman web kami myfulus.com.my (“laman web kami”), secara langsung atau melalui komunikasi lain. Ini termasuk maklumat semasa pendaftaran, permohonan pinjaman, perkhidmatan berkaitan, atau permintaan bantuan lanjut. Kami juga mungkin meminta maklumat tambahan semasa proses permohonan, pembaharuan, promosi, atau ketika anda melaporkan sebarang isu pada laman web kami;
  2. Jika anda menghubungi kami, kami mungkin menyimpan rekod komunikasi tersebut;
  3. Kami mungkin meminta anda melengkapkan borang soal selidik untuk tujuan penyelidikan, namun ia adalah pilihan anda untuk menjawabnya;
  4. Butiran transaksi yang anda lakukan melalui laman web kami termasuk pemprosesan permintaan anda;
  5. Maklumat tentang lawatan anda ke laman web kami serta sumber-sumber yang anda akses;
  6. Data peribadi yang mungkin diperoleh dari agensi pelaporan kredit atau sumber awam lain seperti pendaftaran rasmi, enjin carian, direktori terbuka, atau media sosial. Kami juga mungkin mengumpul maklumat peranti melalui pelayar web anda.

Pengumpulan dan pemprosesan data peribadi anda adalah penting untuk tujuan penyampaian perkhidmatan kami. Sekiranya anda gagal memberikan maklumat yang diperlukan atau tidak bersetuju dengan Polisi Privasi ini, permohonan pinjaman atau perkhidmatan berkaitan mungkin tidak dapat diproses. Data hanya akan disimpan selama mana ia diperlukan. Jika maklumat tersebut masih relevan, ia akan diarkibkan untuk rujukan masa hadapan.


Penggunaan Maklumat

Maklumat berikut mungkin digunakan oleh kami, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, untuk tujuan-tujuan seperti berikut:

  1. membantu pihak Pembekal Pembiayaan dalam menilai kelayakan pemohon untuk pinjaman atau perkhidmatan kewangan lain, serta memproses, meluluskan, memperbaharui atau membatalkan permohonan tersebut;
  2. memberi makluman kepada anda tentang sebarang perubahan penting berkaitan ciri-ciri pinjaman anda;
  3. membantu institusi kewangan dalam semakan kredit dan pengumpulan bayaran tertunggak;
  4. berkomunikasi dengan anda, termasuk menjawab pertanyaan atau aduan, menyelesaikan isu, dan menambah baik pengalaman perkhidmatan kami;
  5. mematuhi undang-undang dan peraturan yang dikenakan kepada kami dan mana-mana rakan kongsi kami di dalam atau di luar Malaysia;
  6. mematuhi polisi dalaman, prosedur, dan sistem keselamatan MyFulus bagi mengesan dan mencegah aktiviti haram seperti pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan;
  7. membuat perbandingan data untuk tujuan semakan kredit, pengesahan maklumat, atau penghasilan data baharu, sama ada untuk mengambil tindakan lanjut atau tidak;
  8. menyimpan rekod sejarah kredit anda (sama ada anda mempunyai hubungan aktif dengan MyFulus atau tidak) sebagai rujukan kini dan akan datang;
  9. memastikan kandungan laman web kami dipaparkan dengan jelas dan berfungsi baik pada peranti anda;
  10. menyediakan notifikasi, buletin, bahan pendidikan, atau maklumat lain yang anda minta daripada kami;
  11. membolehkan anda menggunakan ciri-ciri interaktif di laman kami jika anda memilih untuk menggunakannya;
  12. mereka bentuk dan melaksanakan soal selidik untuk segmentasi pelanggan, analisis data, dan penambahbaikan produk atau perkhidmatan kami;
  13. mengurus tindakan undang-undang seperti pengutipan hutang atau mendapatkan nasihat profesional;
  14. menyelidik dan membangunkan produk atau perkhidmatan baharu termasuk seminar, acara, atau forum berkaitan;
  15. melaksanakan tanggungjawab kami berdasarkan kontrak yang dipersetujui antara anda dan pihak kami;
  16. mempromosi dan memasarkan perkhidmatan dan produk(sila lihat maklumat lanjutan dalam klausa 2.2 di bawah); atau
  17. tujuan-tujuan yang berkaitan secara langsung atau bersampingan dengan perkara di atas.

Kami berhasrat untuk menggunakan data anda di dalam pemasaran langsung. Sehubungan dengan itu, sila ambil perhatian bahawa:

  1. nama, maklumat perhubungan (termasuk alamat, nombor telefon, alamat e-mel), maklumat produk dan perkhidmatan, corak transaksi dan tingkah laku, latar belakang dan data demografi anda yang dimiliki oleh kami dari masa ke masa boleh digunakan oleh kami dalam pemasaran langsung;
  2. kelas-kelas perkhidmatan, produk dan subjek berikut boleh dipasarkan dalam pemasaran langsung:

    1. kemudahan kredit/pinjaman, perkhidmatan kewangan dan produk lain yang disediakan oleh kami (atau sekutu kami) dan/atau institusi kewangan, syarikat insurans, sekuriti dan pembekal perkhidmatan pelaburan pihak ketiga;
    2. ganjaran, program kesetiaan atau keistimewaan, tawaran promosi dan perkhidmatan yang berkaitan; dan
    3. jemputan untuk acara-acara seperti seminar/webinar/tele-seminar, persidangan program atau acara langsung.

Selain daripada pemasaran perkhidmatan, produk-produk dan subjek-subjek yang tersebut di atas, MyFulus juga bertujuan untuk membekalkan data yang dinyatakan dalam perenggan 2.2(a) di atas kepada semua atau mana-mana orang yang dinyatakan dalam perenggan 2.2(b) di atas untuk digunakan oleh mereka dalam pemasaran perkhidmatan, produk dan subjek tersebut dan MyFulus memerlukan kebenaran bertulis anda untuk tujuan tersebut.

MyFulus berniat untuk menerima wang atau harta dan faedah lain sebagai balasan untuk membekalkan data kepada orang-orang lain dengan cara yang dinyatakan dalam perenggan 2.3.

Kami mungkin akan menjalankan pemasaran langsung melalui faks, e-mel, mel terus, teledon dan cara-cara komunikasi lain atau dengan menghantar surat berita atas talian kepada anda. Anda boleh memilih untuk tidak menerima bahan-bahan promosi dengan memaklumkan kepada kami (lihat bawah untuk maklumat perhubungan), dan kami akan berhenti berbuat demikian, tanpa caj.


Pendedahan Maklumat Anda

Kami akan menyimpan maklumat peribadi anda secara sulit. Namun, dalam situasi tertentu, maklumat ini mungkin dikongsi dengan:

  1. kakitangan, ejen, penasihat, juruaudit, kontraktor, Pembekal Pembiayaan, institusi kewangan, atau penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang berkaitan dengan operasi dan perkhidmatan kami;
  2. agensi pelaporan kredit, dan sekiranya berlaku kegagalan pembayaran, agensi kutipan hutang;
  3. cawangan, syarikat sekutu, rakan kongsi, atau rakan strategik luar negara kami (jika berkaitan);
  4. individu atau pihak yang menjalankan tugas secara rahsia bagi pihak kami;
  5. pihak berkuasa atau mana-mana individu yang kami diwajibkan untuk membuat pendedahan mengikut undang-undang dan peraturan yang terpakai di dalam atau luar Malaysia;
  6. penerima pindahan hak milik sebenar atau bakal penerima, peserta atau sub-peserta perkhidmatan kami di dalam atau luar Malaysia;
  7. institusi kewangan pihak ketiga, syarikat insurans, syarikat kad kredit, sekuriti, komoditi, penyedia perkhidmatan pelaburan, dan penyedia perkhidmatan luar yang dilantik bagi tujuan seperti yang dinyatakan dalam perenggan 2.2 di atas (jika berkenaan).

Kuki

Laman web kami menggunakan kuki untuk membezakan anda daripada pengguna lain yang menggunakan laman web kami. Ini membantu kami untuk menyediakan anda dengan pengalaman yang baik apabila anda melayari laman web kami dan juga membolehkan kami untuk menambah baik laman web kami. Anda bersetuju dengan penggunaan kuki oleh kami apabila anda terus melayari laman web kami.

Kuki ialah fail abjad dan nombor bersaiz kecil yang disimpan oleh kami dalam pelayar web anda atau cakera keras komputer anda jika dipersetujui oleh anda. Kuki mengandungi maklumat yang dipindah ke cakera keras komputer anda.

Kami menggunakan kuki berikut:

  1. Kuki Diperlukan. Kuki-kuki penting ini terdapat di seluruh laman web kami dan dikehendaki untuk pengendalian laman web untuk:

    1. membolehkan server web kami menentukan sama ada ketetapan kuki dalam pelayar web anda telah dihidupkan atau dimatikan. Ini membolehkan kami untuk mengetahui sama ada data boleh dikumpul daripada pelayar web anda;
    2. membolehkan anda untuk membawa maklumat antara halaman laman web kami secara sementara untuk mengelakkan keperluan untuk memasukkan semula maklumat tersebut;
    3. mengenal pasti peranti anda secara sementara selepas anda telah log masuk ke satu halaman web terjamin dalam laman web kami supaya server web kami boleh mengekalkan satu dialog dengan pelayar web anda untuk membolehkan anda menjalankan aktiviti-aktiviti tertentu.
  2. Kuki Analisis/Prestasi. Mereka membolehkan kami untuk mengenal pasti dan mengira bilangan pelawat dan untuk melihat bagaimana pelawat menggunakan laman web kami. Ini membantu kami menambah baik cara fungsi laman web kami, sebagai contoh, dengan memastikan bahawa pengguna boleh mencari apa yang diinginkan dengan mudah.
  3. Kuki Fungsi Ini digunakan untuk mengenal anda apabila anda kembali ke laman web kami. Ini membolehkan kami untuk mempribadikan kandungan kami untuk anda, menyambut anda dengan nama anda dan mengingati pilihan anda (sebagai contoh, bahasa dan wilayah pilihan anda).
  4. Kuki sasaran/pengiklanan. Kuki ini menyimpan rekod lawatan anda ke laman web kami, tindak balas anda kepada pengiklanan atas talian kami, menjejaki halaman yang telah dilawati oleh anda dan pautan laman web yang telah anda mengikuti. Kami akan menggunakan maklumat ini untuk menjadikan laman web kami dan pengiklanan yang dipaparkan lebih relevan kepada anda, menyediakan pengiklanan atas talian atau tawaran dalam laman web kami atau laman web pihak ketiga yang paling mungkin menarik minat anda dan untuk menilai keberkesanan pemasaran atas talian dan program pengiklanan kami. Kami juga mungkin akan berkongsi maklumat ini dengan pihak ketiga untuk tujuan tersebut.

Sila ambil perhatian bahawa pihak ketiga (termasuk, sebagai contoh, rangkaian pengiklanan dan pembekal perkhidmatan luar seperti perkhidmatan analisis trafik web) juga mungkin menggunakan kuki, di mana kami tidak mempunyai kawalan terhadap penggunaan tersebut. Kuki-kuki ini mungkin merupakan kuki analisis/prestasi atau kuki sasaran.

Kebanyakan pelayar web pada mulanya ditetapkan untuk menerima kuki. Anda boleh memilih untuk ‘tidak menerima’ kuki dengan mengubah ketetapan dalam pelayar web anda tetap jika anda menyekat semua kuki, termasuklan kuki yang diperlukan secara tegas, anda berkemungkinan mendapati bahawa ciri-ciri tertentu pada laman web kami tidak akan berfungsi dengan betul.

Kami mungkin akan menggunakan servis analisis web pihak ketiga pada laman web kami. Pembekal perkhidmatan ini yang mentadbir perkhidmatan ini menggunakan teknologi seperti kuki, log pelayan web dan mata arah web untuk membantu kami menganalisis cara pengguna menggunakan laman web kami. Maklumat yang dikumpul melalui cara tersebut (termasuk alamat IP) akan didedahkan kepada pembekal perkhidmatan ini yang akan menggunakan maklumat tersebut untuk menilai penggunaan laman web tersebut. Perkhidmatan analisis ini mungkin akan menggunakan data yang dikumpul untuk mengkontekskan dan mempribadikan bahan pemasaran dalam rangkaian pengiklanan mereka sendiri.


Sekuriti

Semua maklumat yang diberikan oleh anda kepada kami disimpan di dalam server kami yang selamat. Semua transaksi pembayaran akan disulitkan menggunakan teknologi SSL. Apabila kami memberikan anda (atau dimana anda telah memilih) sesuatu kata laluan yang membolehkan anda untuk mengakses bahagian-bahagian tertentu dalam laman web kami, anda mempunyai tanggungjawab untuk menyimpan kata laluan tersebut secara sulit. Kami meminta anda untuk tidak berkongi kata laluan tersebut dengan sesiapa.

Malangnya, penghantaran maklumat melalui internet tidak terjamin sepenuhnya. Walaupun kami akan melakukan yang terbaik untuk melindungi data peribadi anda, kami tidak boleh memberi jaminan terhadap keselamatan data anda yang dihantar ke laman web kami; sebarang penghantaran adalah atas risiko anda sendiri. Setelah kami telah menerima maklumat anda, kami akan menggunakan prosedur dan ciri-ciri keselamatan yang tegas untuk cuba menghalang akses yang tidak dibenarkan.


Perubahan kepada polisi privasi kami

Sebarang perubahan yang dibuat kepada polisi privasi kami pada masa hadapan akan dipaparkan di halaman web ini. Jika kami meminda polisi privasi ini, pindaan tersebut hanya akan terpakai kepada data peribadi yang dikumpul selepas kami telah mempaparkan polisi privasi yang telah disemak semula.


Pemindahan Data

Kami boleh menyimpan data anda dalam server di Malaysia dan mana-mana wilayah lain yang dianggap sesuai oleh kami dari masa ke masa. Kami juga mungkin akan memindahkan data anda kepada pejabat luar negara kami atau kepada sesiapa yang disenaraikan dalam Klausa 2.1 di atas, yang mungkin berada di dalam atau di luar Malaysia.


Kebenaran dan hak anda

Dengan menggunakan perkhidmatan kami, menghantar permohonan pinjaman, atau melayari laman web MyFulus, anda bersetuju dan memberi keizinan kepada kami untuk mengumpul dan memproses data peribadi anda seperti yang dinyatakan dalam polisi privasi ini. Anda juga mengesahkan bahawa semua maklumat peribadi yang diberikan adalah benar, lengkap, dan tidak mengelirukan. Sekiranya berlaku sebarang perubahan, anda bertanggungjawab untuk mengemaskini maklumat tersebut secepat mungkin.

Selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”), anda mempunyai hak berikut:

  1. untuk mengetahui sama ada kami menyimpan maklumat peribadi anda dan mengakses data tersebut;
  2. untuk meminta pembetulan terhadap maklumat yang tidak tepat, dalam tempoh yang munasabah;
  3. untuk mengetahui dasar dan amalan kami berkenaan pemprosesan data peribadi, serta jenis data yang kami simpan;
  4. untuk membantah penggunaan data anda bagi tujuan pemasaran, dan kami akan menghentikan penggunaan tersebut setelah menerima notis bantahan daripada anda;
  5. untuk meminta senarai jenis maklumat peribadi yang biasanya dikongsi dengan agensi pelaporan kredit atau agensi kutipan hutang, dan mendapatkan maklumat lanjut bagi tujuan membuat permintaan akses atau pembetulan terus kepada pihak berkenaan.

Anda boleh memilih untuk menarik diri daripada pemasaran terus dengan memberikan notis kepada kami. Untuk sebarang permintaan berkaitan akses data, pembetulan, pertanyaan polisi, atau aduan, sila hubungi kami di:

E-mel: admin@myfulus.com.my
Perhatian: Pegawai MyFulus

Mengikut peruntukan Akta, kami berhak mengenakan caj yang berpatutan bagi memproses permintaan untuk mengakses data anda.


Bidang Kuasa dan Undang-Undang

Tiada dalam polisi ini yang akan menjejaskan hak-hak subjek data di bawah Akta. Polisi privasi ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia, dan anda bersetuju untuk mematuhi bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia.


Bahasa

Mengikut Seksyen 7(3) Akta, polisi privasi ini disediakan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Jika terdapat sebarang percanggahan antara kedua-dua versi, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

MyFulus
Menu
Lain-lain
Sokongan
Isinin - Jumaat: 9:30am - 6pm
Sabtu & Ahad: Cuti