Sila baca Terma dan Syarat ("Terma Penggunaan") di bawah kerana ia menggariskan peraturan bagi akses dan penggunaan Perkhidmatan kami, termasuk laman web (myfulus.com.my), API, notifikasi e-mel, butang aplikasi, dan widget (“Perkhidmatan”), serta semua maklumat, teks, grafik, video, gambar, gaya, tema atau bahan lain yang dimuat naik, dimuat turun, atau dipaparkan melalui Perkhidmatan (dirujuk sebagai “Kandungan”).
Dengan menggunakan Perkhidmatan kami, anda bersetuju untuk terikat dengan Terma ini. Jika anda tidak bersetuju dengan mana-mana bahagian terma ini, sila hentikan penggunaan laman web ini serta-merta. Laman web dan Perkhidmatan kami hanya ditawarkan kepada individu berumur 18 tahun ke atas yang layak menandatangani perjanjian sah di sisi undang-undang. Jika anda berumur bawah 18 tahun, penggunaan laman web ini tidak dibenarkan.
Perkhidmatan kami bukan tawaran kewangan yang sah di semua lokasi. Jika anda berada di kawasan yang melarang atau mengehadkan akses terhadap perkhidmatan seperti ini, anda tidak sepatutnya menggunakannya.
Terma Penggunaan ini disokong oleh Dasar Privasi My Fulus, yang menerangkan secara terperinci bagaimana data peribadi anda dikumpul, disimpan dan diproses oleh kami.
Kenyataan Dasar Privasi menetapkan bagaimana kami memproses data peribadi yang dikumpulkan daripada anda, atau yang anda serahkan kepada kami. Dengan menggunakan Perkhidmatan kami, anda bersetuju bahawa data anda akan diproses dan anda bertanggungjawab memastikan data tersebut tepat dan dikemas kini dari semasa ke semasa. Anda memahami bahawa dengan menggunakan Perkhidmatan kami, anda bersetuju dengan pengumpulan dan penggunaan maklumat (seperti yang dinyatakan dalam Dasar Privasi), termasuk pemindahan data ke luar Malaysia untuk tujuan penyimpanan, pemprosesan atau penggunaan oleh kami. Sebagai sebahagian daripada perkhidmatan kami, kami mungkin menghantar notis seperti pengumuman sistem atau mesej pentadbiran. Notis-notis ini adalah sebahagian daripada Perkhidmatan dan akaun pinjamankop.com.my anda dan tidak boleh dinyahlanggan.
Perkhidmatan ini disediakan oleh Koperasi Sepakat Berjasa Berhad bagi pihak MyFulus (secara kolektif dirujuk sebagai “MyFulus”, “kita” atau “kami”).
MyFulus ialah syarikat yang diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 dan merupakan wakil pemasaran sah bagi RCE Marketing Sdn Bhd (anak syarikat RCE Capital Berhad yang disenaraikan di Bursa Malaysia). Kami menawarkan pembiayaan peribadi kepada penjawat awam melalui Yayasan Ihsan Rakyat dan Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis. Kami juga menawarkan pinjaman daripada koperasi terpilih termasuk Koperasi Bersatu Tenaga Malaysia Berhad (“KOBETA”), Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad (“KOPUTRI”), dan Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad.
MyFulus akan menilai maklumat yang anda serahkan dan sekiranya anda memenuhi syarat-syarat tertentu, kami akan merujuk anda kepada Pembekal Perkhidmatan Kewangan yang kami anggap sesuai untuk menawarkan pembiayaan berdasarkan maklumat anda. Sekiranya anda bersetuju untuk meneruskan, anda akan menandatangani perjanjian terus dengan Pembekal Perkhidmatan Kewangan tersebut, bukan dengan kami. Kami tidak mengawal atau bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan atau keputusan yang dibuat oleh Pembekal Perkhidmatan Kewangan. Anda juga tidak terikat untuk menggunakan Perkhidmatan kami bagi menghubungi atau menerima pembiayaan daripada mana-mana penyedia. MyFulus bukan pemilik atau pengendali kepada sebarang kemudahan kewangan yang ditawarkan.
Tiada apa-apa dalam Terma Penggunaan ini yang boleh ditafsirkan sebagai mewujudkan sebarang hubungan rakan kongsi atau usahasama di antara kami dan anda, atau pembentukan mana-mana pihak sebagai ejen pihak yang satu lagi untuk sebarang tujuan dan kedua-dua pihak tidak diberi kuasa untuk mengikat satu sama lain atau memasuki kontrak bagi pihak yang satu lagi atau mewujudkan liabiliti terhadap pihak itu melalui sebarang cara atau untuk sebarang tujuan.
Perkhidmatan yang kami sediakan sentiasa berubah dan bentuk, kandungan, terma dan sifat Perkhidmatan yang disediakan mungkin berubah dari masa ke masa tanpa notis terlebih dahulu kepada anda. Seterusnya, kami boleh berhenti (secara kekal atau sementara) membekalkan Perkhidmatan (atau sebarang ciri dalam Perkhidmatan) kepada anda atau pengguna secara am tanpa notis terlebih dahulu. Kami juga mengekalkan hak untuk mewujudkan batasan terhadap penggunaan dan penyimpanan mengikut budi bicara kami pada bila-bila masa tanpa memaklumkan anda.
Kami tidak melakukan apa-apa pernyataan atau jaminan, sama ada secara nyata atau tersirat, bahawa Perkhidmatan kami atau sebarang kandungan pada laman kami adalah tepat, lengkap atau terkini.
Ulasan dan bahan lain yang dipaparkan pada Laman Web ini tidak bertujuan sebagai nasihat yang harus diletakkan kebergantungan. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang pergantungan yang diletakkan pada bahan-bahan sedemikian oleh anda atau sesiapa yang anda maklumkan tentang sebarang kandungannya.
Kami tidak menjamin bahawa Perkhidmatan kami, atau kandungannya, akan sentiasa dikemaskini, tersedia atau bebas dari gangguan. Kami boleh menggantung, menarik balik, menamatkan atau mengubah semua atau sebahagian daripada Perkhidmatan kami dan Kandungan tanpa sebarang notis. Kami tidak akan bertanggungjawab kepada anda jika Perkhidmatan kami tidak tersedia pada masa atau tempoh tertentu disebabkan walau apa pun sebab.
Anda juga bertanggungjawab untuk memastikan bahawa setiap individu yang mengakses Perkhidmatan kami melalui sambungan Internet anda sedar dan mematuhi Terma Penggunaan ini serta terma dan syarat lain yang berkaitan.
Jika anda diberikan akses log masuk, anda bertanggungjawab untuk melindungi keselamatan dan kerahsiaan kata laluan yang anda gunakan untuk mengakses Perkhidmatan dan bagi mana-mana aktiviti atau tindakan di bawah kata laluan anda. Kami menggalakkan anda supaya menggunakan kata laluan yang “kuat” (kata laluan yang menggunakan gabungan huruf besar dan kecil, nombor dan simbol) untuk akaun anda. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk semua aktiviti yang berlaku di bawah kata laluan atau akaun anda dan tidak patut mendedahkan maklumat itu kepada mana-mana pihak ketiga.
Kami mempunyai hak untuk menggantung atau menyahdayakan sebarang kata laluan, sama ada dipilih oleh anda atau yang diperuntukkan oleh kami, pada bila-bila masa, jika kami berpendapat bahawa anda gagal menepati sebarang peruntukan Terma Penggunaan ini. Kami tidak mempunyai sebarang liabiliti akibat daripada mana-mana pihak ketiga yang mengakses akaun anda.
Jika anda ketahui atau mencurigai sesiapa selain daripada diri anda yang mengetahui kata laluan anda, anda harus memaklumkan kami dengan segera di admin@myfulus.com.my.
Segala hak harta intelek yang wujud berkenaan dengan Perkhidmatan dan Kandungan (kecuali kandungan yang disumbangkan oleh pengguna) adalah milik MyFulus atau telah telah dilesenkan dengan sah kepada MyFulus untuk digunakan. Semua hak di bawah undang-undang terpakai dengan ini terpelihara. Anda tidak dibenarkan memuat naik, memapar, menerbit, menghasilkan semula, menyiarkan atau mengedar dalam apa-apa cara sebarang komponen laman web atau menghasilkan karya derivatif berkenaan dengannya, kerana laman web ini telah dihak cipta di bawah undang-undang.
Anda bersetuju untuk menghormati segala hak harta intelek, termasuk tetapi tidak terhad kepada hak cipta, cap dagang, nama perniagaan (yang berdaftar atau tidak) yang terkandung atau dipaparkan pada Laman Web atau yang anda punyai akses berkaitan dengan penggunaan Perkhidmatan kami.
Anda tidak boleh menggunakan mana-mana bahagian daripada bahan dalam Laman Web kami untuk tujuan komersial tanpa kebenaran dan anda bersetuju untuk tidak memuat turun atau mencetak salinan bahan-bahan tersebut untuk apa-apa tujuan selain daripada tujuan kegunaan sebenar.
Jika anda mencetak, menyalin atau memuat turun mana-mana bahagian daripada laman kami dan melanggar terma penggunaan yang dinyatakan di sini, hak anda untuk menggunakan Laman Web kami akan diberhentikan serta-merta dan anda perlu, mengikut budi bicara kami, memulangkan atau menghapuskan semua salinan bahan-bahan tersebut yang telah dibuat.
Anda bersetuju bahawa kami bebas untuk menggunakan, mendedahkan, menyerap dan mengubah suai semua dan sebarang idea, konsep, teknik, cadangan, saranan, komen serta maklumat dan komunikasi lain yang diberikan oleh anda kepada kami (“Maklum Balas”) sehubungan dengan Perkhidmatan dan/atau penggunaan Perkhidmatan tanpa sebarang bayaran kepada anda. Dengan ini, anda mengetepikan dan bersetuju untuk mengetepikan semua hak dan tuntutan untuk sebarang ganjaran, fi, royalti, caj dan/atau bayaran lain yang berkaitan dengan penggunaan, pendedahan, penyerapan dan/atau pengubahsuaian sebahagian atau keseluruhan Maklum Balas anda.
Kami mempunyai hak mutlak (namun tidak akan mempunyai kewajipan) untuk mengalihkan atau enggan mengedarkan sebarang Kandungan pada Perkhidmatan, menggantung atau menamatkan akaun pengguna, dan untuk menuntut kembali nama pengguna tanpa liabiliti terhadap anda. Kami juga mempunyai hak untuk mengakses, membaca, memelihara, dan mendedahkan sebarang maklumat yang kami percaya wajar dilakukan
untuk mematuhi segala undang-undang,
peraturan-peraturan, proses undang-undang atau permintaan kerajaan;
menguatkuasakan Terma Penggunaan, termasuk penyiasatan
potensi pelanggaran syarat-syarat;
mengesan,
mengelak atau menangani penipuan, isu-isu keselamatan atau teknikal;
memberi
tindak balas kepada permintaan sokongan pengguna;
atau
melindungi hak, harta atau keselamatan MyFulus, penggunanya dan
orang awam.
Bagi menggunakan Perkhidmatan kami dan sewaktu menggunakannya, anda merepresentasi dan menjamin bahawa:
anda memiliki hak dan keupayaan untuk memasuki Terma
Penggunaan ini;
anda telah dan akan pada setiap masa membekalkan
maklumat yang benar, tepat, dan lengkap, termasuk tetapi tidak terhad kepada
maklumat berkenaan sebarang pembiayaan yang telah diperoleh, atau dalam proses
untuk memperoleh, daripada mana-mana institusi kewangan dan bukan
kewangan;
anda tidak menyembunyikan apa-apa fakta
penting;
anda tidak menerima sebarang pembiayaan lain daripada
institusi kewangan atau bukan kewangan selain daripada yang diisytiharkan di
sini;
anda tidak ingkar membayar mana-mana akaun dengan
mana-mana bank, institusi kewangan, dan pemberi hutang dan tidak terhalang dari
sisi undang-undang;
anda akan mematuhi syarat-syarat Direct Lending dan
Pembekal Perkhidmatan Kewangan berkenaan dengan permohonan anda;
anda
memahami bahawa tawaran pembiayaan tertakluk kepada proses pengesahan yang wajib
oleh Pembekal Perkhidmatan Kewangan tentang dokumen dan maklumat yang anda
bekalkan dan bergantung kepada kelulusan terakhir oleh Pembekal Perkhidmatan
Kewangan yang mempunyai budi bicara mutlak untuk meluluskan atau menolak
pinjaman itu dan tidak mempunyai sebarang kewajipan untuk memberi sebarang
sebab.
sekiranya maklumat yang diberikan menjadi tidak tepat,
mengelirukan, atau berubah walau apa cara pun, anda hendaklah memaklumkan
perubahan tersebut kepada kami dengan segera; dan
pelaksanaan
kewajipan anda di bawah Terma Penggunaan ini mahupun penggunaan Perkhidmatan
kami tidak akan melanggar undang-undang, kaedah-kaedah, atau peraturan-peraturan
kerajaan yang mempunyai bidang kuasa atau mengakibatkan pelanggaran sebarang
perjanjian anda dengan mana-mana pihak ketiga atau mengganggu secara tidak
munasabah penggunaan Perkhidmatan kami oleh pelanggan kami yang lain.
Anda memberi kebenaran kepada MyFulus dan Pembekal Perkhidmatan Kewangan untuk mendapat, mengesahkan dan mendedahkan sebarang maklumat yang dihantar kepada kami untuk tujuan Perkhidmatan, termasuk tetapi tidak terhad kepada Maklumat Kredit (seperti yang ditakrifkan dalam Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010) yang berkaitan dengan anda dari dan/atau kepada mana-mana sumber, termasuk tetapi tidak terhad kepada Pihak Berkuasa Hasil Dalam Negeri; Kumpulan Wang Simpanan Pekerja; Experian Information Services (Malaysia) Sdn. Bhd. (dulu dikenali sebagai RAM Credit Information Sdn. Bhd.), CTOS Data Systems Sdn. Bhd. dan mana-mana orang, individu dan/atau entiti lain, agensi pelaporan/rujukan kredit, dan institusi kewangan lain berkaitan dengan permohonan kredit anda atau transaksi bersama anda yang dianggap sesuai oleh MyFulus dan Pembekal Perkhidmatan Kewangan.
Perolehan dan/atau pendedahan maklumat sedemikian adalah bagi tujuan, termasuk tetapi tidak terhad kepada pembukaan akaun, penilaian kredit, semakan atau pengawasan kredit/akaun, pemungutan hutang, penyelesaian pengskoran, dokumentasi undang-undang dan/atau tindakan yang dibenarkan melalui kontrak atau kemudahan kewangan yang diberikan.
Anda juga memberi kuasa dan kebenaran kepada Pinjaman Kerajaan 2U dan Perkhidmatan Kewangan untuk mendedahkan kepada mana-mana individu, perbadanan dan pihak berkuasa dalam atau di luar Malaysia, termasuk tetapi tidak terhad kepada agensi pungutan hutan, syarikat dari dalam kumpulan MyFulus dan Pembekal Perkhidmatan Kewangan, agen-agen mereka, dan agen khidmat luaran dilantik bagi memberi perkhidmatan berintegrasi, mengekalkan dan menyimpan rekod, maklumat dan butiran (kewangan atau sebaliknya), berkaitan dengan hal ehwal, akaun, kewangan dan kelakuan anda yang dianggap sebagai sesuai oleh MyFulus dan Pembekal Perkhidmatan Kewangan.
Kebenaran sedemikian kekal berkuat kuasa selagi anda mempunyai akaun, pinjaman, kredit atau sebarang transaksi dengan kami atau Pembekal Pembiayaan. MyFulus dan Pembekal Pembiayaan secara terbuka diberi kuasa oleh anda untuk berbincang dengan majikan sekarang dan masa depan anda mengenai penggunaan Perkhidmatan kami.
Semua borang dan dokumen sokongan yang dikemukakan oleh anda kepada MyFulus dan Pembekal Pembiayaan untuk penggunaan Perkhidmatan kami adalah milik kami dan Pembekal Pembiayaan dan kami berhak untuk menyimpannya tanpa mengira keputusan permohonan atau penggunaan Perkhidmatan kami.
Sila baca bahagian ini dengan teliti kerana ia membataskan liabiliti MyFulus dan syarikat, pegawai, pengarah, pekerja, ejen, wakil, rakan kongsi dan pemberi lesen mereka (secara kolektif, “Entiti of MyFulus’). Setiap sub bahagian di bawah hanya terpakai sehingga tahap maksimum yang dibenarkan di bawah undang-undang. Bidang kuasa tertentu tidak membenarkan penafian jaminan yang tersirat atau pembatasan liabiliti dalam kontrak, dan oleh itu kandungan dalam bahagian ini mungkin tidak terpakai kepada anda. Tiada apa-apa dalam bahagian ini yang bertujuan untuk membataskan mana-mana hak anda yang mana ia mungkin tidak dibenarkan dari segi undang-undang. Segala maklumat adalah untuk rujukan umum anda. Kami tidak bertanggungjawab terhadap maklumat sedemikian.
AKSES DAN PENGGUNAAN ANDA TERHADAP PERKHIDMATAN KAMI ADALAH PADA RISIKO ANDA SENDIRI DAN DISEDIAKAN SEBAGAI “SEADANYA”, DAN, “SEPERTI YANG TERSEDIA.” PERKHIDMATAN ADALAH UNTUK KEGUNAAN PERIBADI ANDA SAHAJA DAN ENTITI KEPADA DIRECT LENDING TIDAK MEMBUAT SEBARANG PERWAKILAN ATAU JAMINAN TENTANG SEBARANG JENIS JAMINAN SAMA ADA SECARA JELAS ATAU TERSIRAT, TERMASUK, TANPA BATASAN, SEBARANG JAMINAN TENTANG KEBOLEHDAGANGAN ATAU KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU ATAU BUKAN PERBUATAN MELANGGAR.
LIABILITI KESELURUHAN ENTITI MyFulus DAN REMEDI EKSLUSIF ANDA BERKENAAN PERKHIDMATAN ATAU SEBALIKNYA, ADALAH PELAKSANAAN SEMULA PERKHIDMATAN YANG TIDAK SEMPURNA. DI DALAM BIDANG KUASA YANG TIDAK MEMBENARKAN PENGECUALIAN ATAU PEMBATASAN JENIS LIABILITI TERTENTU, LIABILITI KAMI AKAN TERHAD KEPADA TAHAP MAKSIMUM YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG. KAMI TIDAK MENGENDORS ATAU MENJAMIN MANA-MANA BAHAN, PRODUK ATAU PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN MELALUI KAMI ATAU PERKHIDMATAN KAMI. KAMI BUKAN DAN TIDAK AKAN MENJADI SEBAHAGIAN DARIPADA TRANSAKSI ANTARA ANDA DAN SEBARANG PIHAK KETIGA.
DALAM APA JUA KEADAAN, AGREGAT LIABILITI ENTITI MyFulus TIDAK AKAN MELEBIHI LIMA RATUS RINGGIT MALAYSIA (MYR 500).
Entiti MyFulus tidak menjamin atau
bertanggungjawab bahawa:
maklumat yang dipersembahkan dalam Perkhidmatan kami
adalah tepat, mencukupi, terkini atau boleh dipercayai, atau boleh digunakan
untuk tujuan lain selain rujukan umum;
maklumat
yang dipersembahkan dalam Perkhidmatan kami adalah bebas dari kecacatan,
kesilapan, peninggalan, virus atau apa-apa yang mungkin mengubah, memada,
menambah ke atau merosakkan perisian, data atau peralatan;
mesej yang
dihantar melalui Internet termasuklah yang berhubung dengan Perkhidmatan adalah
bebas daripada pintasan, korupsi, ralat, kelewatan atau kehilangan;
akses ke
Perkhidmatan adalah tersedia atau tidak terganggu;
penggunaan
Perkhidmatan akan mencapai keputusan tertentu;
atau
kekurangan dalam Perkhidmatan akan diperbetulkan.
Tanpa membataskan sifat umum perkara yang dinyatakan di atas, dalam apa jua keadaan, Entiti MyFulus tidak akan bertanggungjawab kepada anda atau individu lain untuk sebarang kerugian langsung, tidak langsung, sampingan, istimewa, punitif atau kerugian turutan atau ganti rugi, termasuk sebarang kerugian dalam keuntungan perniagaan, peluang atau nama baik yang timbul dari sebarang penggunaan, atau ketidakupayaan mengguna, atau kebergantungan pada maklumat atau Perkhidmatan, walaupun Entiti MyFulus telah dinasihatkan tentang kemungkinan kerugian atau kerosakan tersebut.
MyFulus akan mengekalkan usaha terbaik untuk membantu anda mendapatkan pinjaman dalam masa 2 hari bekerja yang diukur dari titik masa Pembekal Perkhidmatan Kewangan menerima segala dokumentasi yang diperlukan dari anda sehingga pinjaman anda dimasukkan ke akaun bank anda tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
semua dokumen yang dihantar oleh anda adalah lengkap
dan memenuhi syarat, tanpa keperluan dokumen tambahan atau susulan berikutan
penyerahan pertama;
Pembekal Perkhidmatan Kewangan mesti berjaya
menghubungi anda dan majikan anda untuk pengesahan yang diperlukan dalam tempoh
24 jam daripada penerimaan dokumen lengkap;
Pengesahan
itu mesti berjaya; dan
akaun bank untuk pendepositan wang pinjaman haruslah
sebuah akaun bank Maybank.
Walau apa jua keadaan, tempoh ini tidak akan dianggap sebagai jaminan oleh MyFulus dan dan bagi semua keadaan lain, permohonan akan mengambil masa lebih daripada 2 hari.
Anda akan menggunakan dan bergantung sepenuhnya pada kemahiran dan pertimbangan anda sendiri dalam penggunaan dan penafsiran maklumat serta penggunaan Perkhidmatan. Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa penggunaan anda terhadap maklumat dan Perkhidmatan mematuhi semua keperluan undang-undang yang berkenaan.
Tanpa prejudis kepada apa yang dinyatakan di atas, jika penggunaan anda terhadap Perkhidmatan kami tidak berjalan dengan lancar dan/atau jika berkaitan, anda tidak menerima maklum balas yang sewajarnya dari kami, seperti yang dinyatakan di dalam Terma Penggunaan ini atau sebaliknya, anda dinasihatkan supaya menghubungi kami di admin@myfulus.com.my. Kekurangan maklum balas tidak akan dianggap sebagai tanda persetujuan atau penepian hak.
Had liabiliti yang terkandung dalam Terma Penggunaan ini akan terpakai pada tahap yang tertinggi oleh undang-undang yang berkenaan.
Anda bersetuju untuk memberi jaminan ganti rugi dan melindungi MyFulus dari dan terhadap sebarang tuntutan, kerugian, perbelanjaan, permintaan atau liabiliti, termasuk yuran dan kos peguam, yang ditanggung oleh Entiti MyFulus berhubung dengan mana-mana tuntutan oleh pihak ketiga (termasuk sebarang tuntutan harta intelektual) yang timbul dari:
bahan-bahan dan kandungan yang anda serah, pos atau
hantar melalui Perkhidmatan;
penggunaan
Perkhidmatan oleh anda melanggari Terma Penggunaan ini atau undang-undang;
dan
sebarang tuntutan yang dibawa terhadap kami oleh pihak
ketiga akibat daripada tindakan anda atau jika anda gagal bertindak.
Anda seterusnya bersetuju untuk memberi kerjasama penuh untuk mempertahankan tuntutan sedemikian. Kami mempunyai hak, pada perbelanjaan mereka, untuk mengambil alih pertahanan dan kawalan eksklusif tentang mana-mana perkara yang selainnya tertakluk kepada perlindungan ganti rugi oleh anda, dan anda tidak akan, dalam walau apa pun keadaan membayar sebarang tuntutan tanpa kebenaran bertulis daripada kami.
Anda boleh mempunyai pautan kepada Perkhidmatan kami yang ditawarkan kepada anda dalam cara yang adil dan sah dan tidak merosakkan atau mengambil kesempatan reputasi kami. Anda tidak boleh mewujudkan pautan dalam cara yang mencadangkan sebarang bentuk perhubungan, kelulusan atau pengendorsan dari pihak kami jika ia tidak wujud. Anda tidak boleh mewujudkan pautan ke Perkhidmatan kami dalam mana-mana laman web yang bukan milik anda. Kami mempunyai hak untuk menarik balik tanpa notis kebenaran mewujudkan pautan.
Pautan dari Perkhidmatan boleh membawa anda ke laman web atau perkhidmatan lain dan anda sedar dan setuju bahawa MyFulus tidak bertanggungjawab untuk ketepatan atau ketersediaan sebarang maklumat yang diberikan oleh perkhidmatan dan laman web pihak ketiga.
Perkhidmatan boleh mengandungi iklan, yang disasarkan ke Kandungan atau maklumat Perkhidmatan, pertanyaan yang dihantar melalui Perkhidmatan, atau maklumat yang lain. Jenis dan tahan iklan oleh Pinjaman Kerajaan 2U tentang Perkhidmatan tertakluk kepada perubahan. Dalam pertimbangan untuk memberikan anda akses ke dan penggunaan Perkhidmatan, anda bersetuju bahawa MyFulus dan pembekal perkhidmatan pihak ketiga dan rakan kongsinya boleh meletakkan iklan sedemikian pada Perkhidmatan atau berhubung dengan paparan Kandungan atau maklumat daripada Perkhidmatan, sama ada dihantar oleh anda atau pihak lain.
Pautan ke laman web dan perkhidmatan lain tidak bermaksud sebarang endorsmen daripada kami tentang laman web atau perkhidmatan itu, atau maklumat, produk, pengiklanan atau bahan-bahan lain yang disediakan oleh pihak ketiga.
Sebarang peruntukan dalam Terma Penggunaan ini yang menyalahi undang-undang, tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan di bawah undang-undang atau mana-mana bidang kuasa, tidak akan menjejaskan peruntukan lain yang sah atau boleh dikuatkuasakan di bawah undang-undang bidang kuasa yang lain.
Kami mempunyai hak untuk meminda dan/atau menyemak Terma Penggunaan ini pada bila-bila masa dengan meminda terma tanpa memberikan sebarang sebab kenapa atau menyerlahkan kepada anda perubahan tersebut. Anda dijangka untuk semak halaman ini dari semasa ke semasa untuk dimaklumkan tentang sebarang perubahan yang dilakukan, kerana anda terikat kepada terma dan syarat yang dipinda atau dikemas kini. Peruntukan tertentu yang terkandung dalam Terma Penggunaan boleh digantikan oleh peruntukan atau notis yang diterbitkan di bahagian lain di laman web kami.
Walau bagaimanapun, anda masih terikat kepada terma versi-versi sebelumnya yang anda telah mempersetujui atau dianggap sebagai bersetuju pada masa yang berkaitan. Jika terdapat konflik antara dua versi terma yang telah anda mempersetujui atau dianggap sebagai bersetuju, versi yang lebih baru akan diberi keutamaan melainkan jika dinyatakan sebaliknya.
Jika terdapat dua atau lebih orang yang mematuhi Terma Penggunaan ini sebagai seorang pengguna, liabiliti mereka di bawah Terma Penggunaan ini adalah digabungkan dan berasingan, dan hak-hak mereka adalah digabungkan.
Sebarang kegagalan atau penangguhan untuk mengambil tindakan oleh sebuah pihak untuk menggunakan hak atau remedi yang disediakan di bawah perjanjian ini atau oleh undang-undang tidak akan bermaksud penepian hak tersebut dan hak atau remedi yang lain malah ia juga tidak akan menghalang atau menyekat penggunaan hak itu dan hak atau remedi yang lain. Penggunaan sebahagian atau satu daripada hak atau remedi sedemikian tidak akan menghalang atau menyekat penggunaan lanjut hak atau remedi yang lain.
Terma Penggunaan akan terpakai secara berterusan sehingga ditamatkan oleh anda atau kami seperti berikut.
Anda boleh menamatkan perjanjian anda bersama kami pada bila-bila masa untuk apa-apa sebab dengan menyahaktifkan akaun-akaun anda dan memberhentikan penggunaan Perkhidmatan. Anda tidak perlu memaklumkan kepada kami secara khusus ketika anda berhenti menggunakan Perkhidmatan.
Kami boleh menggantung atau menamatkan akaun-akaun anda atau berhenti menyediakan semua atau sebahagian daripada Perkhidmatan kepada anda pada bila-bila masa untuk apa-apa sebab, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, jika kami percaya secara munasabah:
anda melanggari Terma Penggunaan ini;
anda
mewujudkan risiko atau pendedahan kepada tindakan undang-undang untuk
kami;
atau peruntukan Perkhidmatan yang ditawarkan kepada
anda tidak lagi berdaya maju secara komersial.
Kami akan mengambil usaha-usaha yang munasabah untuk memaklumkan anda melalui alamat e-mel yang dikaitkan dengan akaun anda atau kali seterusnya anda mencuba mengakses akaun anda.
Dalam semua keadaan sedemikian, sebarang peruntukan dalam Terma Penggunaan sama ada secara nyata atau tersirat yang berniat untuk berkuatkuasa atau kekal berkuatkuasa pada atau selepas penamatan perjanjian ini akan kekal berkuatkuasa secara sepenuhnya.
Tiada apa-apa dalam bahagian ini akan menjejaskan hak kami untuk mengubah, membataskan atau menghentikan peruntukan dalam Perkhidmatan tanpa notis terlebih dahulu, seperti yang dinyatakan dalam bahagian Variations di atas.
Terma Penggunaan laman ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia. Anda bersetuju untuk menerima bidang kuasa eksklusif mahkamah-mahkamah di Malaysia bagi sebarang pertikaian yang mungkin timbul.
Perjanjian ini disediakan dalam Bahasa Inggeris. Sebarang notis berkaitan perjanjian ini hendaklah disampaikan dalam Bahasa Inggeris.
Sekiranya terdapat terjemahan dalam bahasa lain, versi Bahasa Inggeris akan dianggap sebagai versi muktamad dan akan diguna pakai.